PERTANDINGAN

POLYCC Cyber Warrior II 2026

POLYCC Cyber Warrior II 2026 ialah sebuah acara berprestij yang dianjurkan khas untuk pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia. Pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat serta mengasah kemahiran pelajar dalam bidang keselamatan siber, di samping menggalakkan pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah dalam kalangan peserta.

design-tech-hero-banner

Kategori Pertandingan

Pertandingan POLYCC Cyber Warrior II 2026 menjadi platform persaingan sihat dalam bidang Teknologi Maklumat yang memberi peluang kepada pelajar untuk memperluas pengetahuan serta mengasah kemahiran dalam industri ini.

CAPTURE THE FLAG

Platform simulasi bagi menguji kecekapan teknikal dan kemahiran menyelesaikan masalah melalui cabaran keselamatan siber serta eksploitasi sistem secara beretika.

CODE RUMBLE

Buktikan bahawa anda pakar dalam merangka dan melaksanakan kod dengan tepat dan cepat.

HACKATHON DIGITECH NUSA 2026

 Pembangunan perisian dan sistem digital yang berasaskan data, selamat serta saling berhubung.

MLBB CHAMPION BATTLE’s

Mengasah kemahiran strategi, kerjasama berpasukan serta disiplin dalam suasana pertandingan yang kompetitif.

NETWORK KING OF THE HILL

Menilai keupayaan teknikal pelajar dalam konfigurasi dan penyelesaian masalah rangkaian.

SUSTAINABLE APP WARRIOR

Inovasi dan penyelesaian masalah melalui teknologi mudah alih.

daftar

Pendaftaran Peserta

Sertai POLYCC Cyber Warrior 2026 dan buktikan kemahiran anda dalam menghadapi cabaran dunia siber. Inilah peluang untuk menonjolkan potensi, menimba pengalaman serta bersaing bersama bakat terbaik dari seluruh negara.

Tarikh Pertandingan

14 hingga 16 Jun 2026